Erti sebuah kehidupan
Apabila berbicara mengenai kehidupan saya akan bertanya kepada pendengar, ” Berapa kalilah kita hidup” dan jawapan yang saya selalu dengar,
” Kita hidup hanya sekali” .
Inilah yang selalu disebut: “Enjoylah beb… hidup hanya sekali”.
Memahami hidup hanya sekali merupakan asas kesesatan umat hari ini. Kehidupan selepas mati sudah tidak ada di dalam ruang minda manusia ini. Inilah minda jahiliyyah yang bertanya kepada nabi s.a.w.:
” Apakah apabila manusia mati dan sudah menjadi tulang belulang masih boleh dibangkitkan?” Mereka menganggap kehidupan hanyalah kehidupan di dunia.
Kepercayaan sesat ini pula bertunjangkan kepada ketidakyakinan kepada Allah sebagai al-Rab, al-Malik dan al- Ilah. Tidak yakin kepada Allah kerana tidak percaya kepada al-Quran . Tidak beriman dengan kitab al-Quran kerana tidak percaya kepada nabi Muhammad s.a.w. Tidak percaya kepada nabi s.a.w. ialah keranana kejahilah disebabkan kurang ilmu atau memiliki ilmu yang salah dan wujud salah faham terhadap nabi Muhmmad s.a.w.
Kehidupan yang sebenar ialah kehidupan Akhirat. Inilah yang disampaikan kepada kita oleh nabi Muhammad s.a.w. yang terdapat di dalam al-Quran yang merupakan bicara Allah, Pencipta Alam ini, Pemilik Mutlaknya, Pengatur semua undang-undang dan sistem dan Ilah yang wajib disembah, ditaati dan dikasihi.
Dunia adalah sebuah perhentian dalam perjalanan menuju akhirat
Dunia adalah tempat manusia diuji dan akhirat tempat perhitungan dan pembalasan
Dunia negeri beramal dan akhirat negeri menerima balasan
Dunia tempat berjihad dan bersusah payah manakala akhirat tempat istirehat bagi manusia yang beriman dan lulus ujian Allah.
Manusia diturunkan kedunia memikul amanah, memikul tanggungjawab, membawa misi Allah dan akan dimatikan seterusnya dikembalikan kepda Allah untuk diberi pembalasan.
Dunia adalah tempat perjuangan, melawan nafsu, melawan iblis, melawan tarikan dunia, melawan fitnah kuffar dan bersabar terhadap hasad dengki orang-orang fasik.
Ujian bermula sejak di alam nutfah, berjuta-juta benih sudah mati sebelum berjaya menembusi sebutir telur untuk memulakan sebuah kehidupan. Kehidupan di alam rahim memberi bebanan, keperitan, kesengsaraan hidup seorang ibu yang bakal melahirkan seorang khalifah adalah satu kepayahan, kepayahan hidup diusia bayi, karenah zaman kanak-kanak, zaman remaja dan ujian tanggungjawan diusia remaja, meniti umur di usia tua dan kembali kepada Allah membawa dosa membawa reda.
Ibu bapa yang berjaya menyediakan bayi-bayi ini untuk memikul bebenanan khalifah telah dijamin oleh Rsulullah s.a.w. sebagai ahli syurga.
Itulah erti kehidupan ini ; ia hanya medan ujian Allah untuk memilih ahli syurga atau neraka.
Kehidupan ini penuh misteri, kejahilan, kegelapan, kezaliman hingga pada diri sendiri tetapi Allah yang mencipta kehidupan ini telah mengajar ilmu, menerangi hidup dengan cahaya hidayah. mehapuskan kezaliman dengan mengajar hakikat Tauhid kepda Allah dan menceritakan hakikat kehidupan sebenar..
Namun hingga kini masih ramai manusia masih kabur, gelap, tidak mengerti, tidak memahami, tidak tersedar, terlena, terleka, diheret taufan nafsu, ditipu fatamorgana dunia dan merasa cukup beramal untuk diri sendiri…
SEDANGKAN LALUAN KESYURGA HANYA DENGAN MENERIMA WARISAN NABI, MENJADI GURU, MURABBI DAN MUJAHID DI JALAN ALLAH.
salam, sangat setuju dgn apa kata2 ustaz. Tapi apakan daya, keseronokan dunia lebih jelas ternampak dan membutakan mata. Tidak ramai yg sedar akan matlamat utama kita sebagai umat islam ialah mendapat keredhaan Allah di dunia dan mendapatkan kunci ke syurga, destinasi terakhir yang kita impi2kan.
In sha’ Allah, kalau boleh minta ustaz buat artikel utk beri gambaran syurga sebagai pendorong kpada kita utk berlumba2 dal beramal.
Mungkin ramai yg buta dengan ‘syurga’ dunia lantas lupa akan syurga di akhirat yg lebih banyak nikmatnya.
Selalu juga dunia mengalah kan pejuang kita,membuatkan ada yg futur antara kita. Harap ujian mematangkan dan menjadikan kita ahli syurga. Ameen.
Alhamdulillah saya terbaca renungan erti kehidupan ini, jazakallah
Manusia dibekalkan dengan akal untuk berfikir daan berikhtiar
Allah jua yang memberihidayat dan petunjuk dan menentukan taqdirnya. Namun kita mesti putuskan dan tetapkkan dulu visi untuk diri kita mau ke syurga atau keneraka. Namun kita mesti percaya dulu akan hakikat syurga dan neraka sebelum membuat pilihan itu.
dalam pengetahuan am kita tahu apa dia syurga dan nneraka tetapi kita tidak dapat menghayati gambarannya. Tentu sebabnya ialah kita enggan menuntut ilmu dan mentadabur gambaran yang allah berikan dalam alquran.
Kita tidak ada alasan untuk tidak faham alquran sebab terjemahannya sudah ada dan menjadi kemuliaan jika kita dapat menguasai bahasa arab.
Betul lah hakikat hudup ini;
HIDUP HANYA SEKALI SESAL DAHULU PENDAPATAN
HIDUP ADALAH SEMENTARA YG KEKAL DI AKHIRAT TIDAK BERKESUDAHAN
HIDUP HANYA UJIAN ALLAH DENGAN BERBAGAI SUSAH DAN SENANG
KALAU SUSAH PERLU SAABAR KALAU SENANG PERLU SYUKUR
ALLAH TELAH TETAPKAN PERANCANGANNYA DAN TIDAK AKAN MENUKAR JANJINYA
YG BERIMAN KESYURGA YG MUNAFIK, FASIK, MUSYRIK DAN KAFIR AKAN KE NERAKA,
KALAU DAH BERIMAN SYUKURLAH, DOSA PUN BISA TERAMPUN DENGAN TAUBAT
INGATLAH HIDUP HANYA SEKALI…JANGAN LEPAS PELUANG UNTUK MEREBUT TIKET KE SYURGA ALLAH,, WASSA;AM
salam alayk..
salam perjuanagn brmu..
semoga ceria selalu…
good luck..
best la blog nie…
Jazakillah khairan