Home > Tasawwur Islami > Pemikiran Positif

Pemikiran Positif

Serendah-rendah hak ukhuwwah Islamiyyah ialah berlapang dada terhadap saudaranya. Berlapang dada adalah lahir daripada satu prinsip pemikiran iaitu berfikiran positif. Dalam istilah Syarak dinamakan “tafa`ul”. Nabi s.a.w. melarang kita menuduh kesialan ada pada sesuatu perkara tetapi memerintahkan kita bertafa`ul iaitu beranggapan baik dan melihat sesuatu disudut yang positif.

Dalam peristiwa cerita bohong terhadap saidatina Aisyah r.a. ( hadis ifk ) ; ia merupakan tarbiyyah Rabbani kepada generasi sahabat dalam ujian siqqah terhadap saudara seagama dan secara khusus isteri rasulullah s.a.w. Ternyata masyarakat Muslim Madinah berjaya menghadapi ujian itu dengan sebab kekuatan ukhuwwah, sikap baik sangka dan pemikiran positif yang menjadi sikap kehidupan generasi sahabat ketika itu.

Perintah Syarak supaya umat Islam menyelidik sesutu perkara sebelum membuat apa-apa keputusan dan perintah Syarak supaya merujuk kepada kepimpinan terhadap semua isu yang didengar sebelum dihebohkan merupakan satu disiplin yang berjaya membentuk sikap dan budaya pemikiran positif dikalangan ummah.

Pemikiran positif menjadikan kita aktif dan proaktif. Sesuatu maklumat yang kita terima berkemungkinan boleh mendatangkan manfaat dan juga mudarat. Dengan sikap positif yang ada kepada kita menjadikan kita suka mengambil tahu, membuat penyelidikan dan membuat keputusan sama ada menerima atau menolak.

Pemikiran positif bukan bermaksud kita menerima semua maklumat atau membuat pelbagai andaian untuk mempositifkan sesuatu keadaan yang nampak negatif tanpa terlebih dahulu membuat penyelidikan dan analisa. Kita sering kali boleh ditipu jika semata-mata bersikap baik sangka tanpa menggunakan pemikiran yang analistik dan kritis.

Ramai dikalangan masyarakat hari ini yang bersikap `pakai hentam saja’ asalkan sesuatu perkara itu nampaknya menguntungkan dan akhirnya mereka mempelajari bahawa sikap mereka yang terlalu `lurus bendul’ telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk mengaut keuntungan. Biasanya skim-skim cepat kaya, sistem piramid dalam perniagaan MLM.

Terlanjur saya berbicara mengenai MLM ingin saya kongsikan pendapat seorang ikhwah yang merasakan tertarik untuk menjadikan format MLM dalam mengoperasikan dakwah. Apabila saya meneliti asas-asas organisasi Ikhwan Muslimin ternyata Imam Syahid Hassan al-Banna terlebih dahulu menggunkan sistem MLM ini melalui rangkaian Usrah yang merupakan satu unit kecil dalam organisasi mereka.

Namun akhir-akhir ini para pendakwah menyedari wujud kelesuan dalam pembinaan rangkaian tarbiah ini, terutamanya apabila didapati rangkaian generasi dakwah dalam organisasi mereka hari ini terdapat kerampingan dan diistilahkan sebagai piramid terbalik ( generasi pengasas lebih ramai daripada generasi pelapis) dalam organisasi dakwah.

Sebaliknya¬† perniagaan MLM berkembang pesat di seluruh dunia dan telah melahirkan jutaan jutawan yang hanya mengusahakan perniagaan daripada rumah dan dengan modal pusingan serendah RM500.00 . Era globalisasi ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh syarikat-syarikat `multilevel’ ini bagi mengembangkan rangkaian pengedarannya ke seluruh dunia.

Categories: Tasawwur Islami
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,735 other followers

%d bloggers like this: