Definasi Fiqh al-Waqie.

Fiqh al-Waqie adalah gabungan dua suku kata yang menjadikannya satu Istilah iaitu perkataan fiqh dan waqie. Perkataan Fiqh pada bahasa bererti faham dan waqie bermakna realiti. Maka maksudnya pada bahasa ialah memahami realiti.
Perkataan Fiqh atau faqeh dalam pemakaian ulama Usul Fiqh bukan sekadar memahami sesuatu perkara atau hukum secara mudah dan tanpa membuat analisa seperti memahami air boleh [...]

Fiqh al-Waqie Bukan Bid`ah.

Muqaddimah.
Antara ciri Syariat Islam ialah waqieyyah atau realistik.
Firman Allah S.W.T
 لاَ يُكَلِّفُ اللّهُ نَفْسًا  إِلاَّ وُسْعَهَا  
“Allah tidak mentaklifkan seseorang manusia melainkan sesuatu yang di dalam kemampuannya”
Ayat ini memberi maksud bahawa Allah hanya mentaklifkan sesuatu tanggungjawab kepada manusia perkara yang mampu dilakukan oleh mereka secara asasnya.Jika ada hukum-hakam yang tidak mampu dilakukan oleh manusia Syariat memberi [...]